Sunday, 20 May 2018

opis baru dan kerajaan kepimpinan baru...

Lama tidak update dalam blog ni. memang kelemahan daripada segi membahagikan masa untuk membuat penulisan. Bila busy mulalah meninggalkan semua benda. menaip ni bila terdapat masa lapang dan tak tentu hala tujuan.

Harini ak menaip di opis baru. terima kasih buat Aznan dan Ir. Izat yang membenarkan aku menumpang di satu sudut ruang opisnya. Sekurang2nya adalah meja dan ruang untuk aku membuat sedikit kerja. Kalau sebelum ni berbulan2 aku menghabiskan masa kerja aku di perpustakaan atau di "fast-food" kalini dapatlah berada di dalam opis menggunakan fasiliti yang disediakan.

Kepimpinan baru Pakatan Harapan dalam Kerajaan menewaskan Barisan Nasional. Itulah hakikat terkini yang semua kena terima. Apabila rakyat tidak lagi dapat menahan masalah yang berlaku terutama dalam himpitan kehidupan. Sesuatu yang perlu dilakukan bagi mengatasinya. Menukar kerajaan kepimpinan. Diharapkan agar kepimpinan kerajaan baru ini dapat memberikan kebaikan yang lebih daripada apa yang telah diberikan sebelum ini.


Thursday, 11 January 2018

Kalini tak dapat menolak... G7

Cafe : MCD Taman Nongchik Heights

Aku pernah menjadi pengarah untuk sebuah syarikat G7, namun tak bertahan lama. Aku berpecah dengan partnerku hanya tidak sampai 6 bulan ditubuhkan. Ketidaksepakatan dalam rundingan membuatkan aku menarik diri.

Semalam satu syarikat yang kepunyaan saudaraku kontraktor G7 ingin menjual. Entah kenapa meronta pula hati ini untuk masuk sebagai director dalam syarikat tersebut. Bidang yang ada dalam syarikat tersebut memang menarik dan membuatkan aku semakin teruja.

Ya Allah permudahkanlah untuk aku dapat membeli lesen G7 tersebut.


Saturday, 6 January 2018

Allah tahu apa yang kita perlukan

Cafe : McDonalds Taman Sutera

Alhamdulillah. pertemuan aku dengan seorang perempuan yang aku rasa dia memenuhi apa yang aku inginkan, seperti apa yang lain juga rasakan bukan kecantikan yang menjadi faktor utama walaupun lelaki suka melihat kecantikan rupa. Dalaman dan kesenangan semasa bersama menjadikan aku tertarik dengan seorang perempuan ini.

Kekuatan yang ada padanya. sifat berdikari dan tahu menghormati membuatkan aku semakin sayang dan menerimanya. YaAllah permudahkanlah hubungan Kami dan dapatkanlah aku mengakhiri penantian ku selama ini dengan pernikahan. Minggu depan kami akan berjumpa dengan ibu bapa masing dan aku harapkan dapat merisik pada bulan hadapan. InsyaAllah.