cafe : MCD Taman Sutera
pagi ni ak terluka. air mata aku keluar sedikit. kadang2 org x merasa apa yang kita rasa. org x tahu apa yang kita buat dan korbankan bersebab.
Bila pagi ni ada yang menyatakan idea untuk membawa aku berubat disebabkan "suwey" kerana lambat kahwin dan pekerjaan yang dilakukan belum berjaya. aku sangat kecil hati.
tahukah yang semua ini Allah sudah aturkan. cepat atau lambat adalah disebabkan hikmahNya yang kita tidak mengetahui. ye betul usaha dan ikhtiar itu suatu yang perlu, tapi berusaha dan berikhtiar dengan memberikan pandangan yang negatif apa yang berlaku pada aku sebenarnya tidak baik.
Tidakkah kita mengetahui. Allah memberikan jodoh kita lewat disebabkan untuk menemukan sesuatu yang lebih baik dan ketika pasangan kita itu sudah bersedia. tidakkah kita tahu kelewatan itu untuk peluang pada aku berbakti pada keluarga terutama ibu bapa. tidakkah kita sedar yang urusan jodoh itu suatu yang kompleks dan telah ditetapkan oleh Luh Mahfuz.
Adakah aku tidak berusaha? tidak. aku sangat berusaha. melalui portal dan media. melalui kenalan rakan. membanyakkan doa dan usaha pada Allah.
Pekerjaan aku mungkin Allah ingin melihat aku dibawah sebelum aku diberi peluang untuk menjadi sesuatu yang hebat. semua ini aku serahkan dan hanya aku mampu berusaha terus berusaha.
tetapi untuk menyatakan yang aku mungkin terkena suwey buatkan aku sangat kecil hati. dan jangan bandingkan2 rezeki kita dengan rezeki orang lain... mungkin dia kelebihan disesuatu tempat tapi berkurangan ditempat yang lain.
Tuesday, 19 December 2017
Saturday, 16 December 2017
hormat selagi boleh
Sebulan setengah yang lepas aku mendapat kerja sementara untuk membuat satu laporan rekabentuk dikawasan Pahang untuk pembangunan perumahan. Setelah siap aku dijanjikan dengan bayaran untuk laporan tersebut. namun berminggu2 tidak dapat. daripada mesej seminggu sekali bertanya mengenai bayaran sehingga ke hari pada minggu terakhir ni.
Aku ingat aku akan bekerjasama untuk projek ku yang lain. kerana ada satu projek ni aku dah recommend kan kerja kepada syarikat kontraktor tersebut. Maaf bukan aku nak berkeras. seringkali aku dah ulangkan ak terdesak untuk memakai duit tersebut.
Setelah hati dah mula kepanasan. hanya aku berkata, tidak mengapa simpan sahaja duit tu dan jangan bertanya mengenai projek yang aku recommendkan itu. barulah terhegeh untuk transfer duit aku tu. maaf hati dah tawar. jangan permain2kan orang. sebab daripada kawan dah hilang kepercayaan. kalau tidak boleh bayar, cakap sahaja. jadi aku tidak terlalu berharap. tapi fees yang aku minta jauh murah berbanding professional hanya kerana kawan2.

Monday, 4 December 2017
Keredhaan hanya pada Allah
Ye begitu kelamkabut aku inginkan pengganti. lepas satu2 harapan yang aku cuba jelmakan tidak berjaya. Kadang2 perasaan aku galau.Seharusnya aku kena redha dan yakin dengan apa yang Allah aturkan.
Aku percaya gerakan itu akan datang kepada dua arah. walaupun berpuluh2 wanita aku cuba approach daripada page mencari jodoh, facebook, instagram namun aku hanya perlu menunggu. ketukan hati aku dibalas semula dengan ketukan hati seseorang yang lain.
Ye, aku pernah juga berkenalan2 dengan wanita yang sudi. Namun, aku pula tidak dapat menyambutnya dengan baik. Ya Allah... permudahkanlah

Subscribe to:
Comments (Atom)
-
aku tidak tahu. kalau orang katakan pada kriteria aku tidak boleh menjawab. kerana aku takut apa yang aku nak tidak dapat tetapi yang aku xn...
-
Lokasi Cafe : McD UTM Skudai Disaat kita menghadapi kesulitan dan cabaran sebenarnya ia mendatangkan satu pengajaran dan keberanian...