cafe : MCD Taman Sutera
pagi ni ak terluka. air mata aku keluar sedikit. kadang2 org x merasa apa yang kita rasa. org x tahu apa yang kita buat dan korbankan bersebab.
Bila pagi ni ada yang menyatakan idea untuk membawa aku berubat disebabkan "suwey" kerana lambat kahwin dan pekerjaan yang dilakukan belum berjaya. aku sangat kecil hati.
tahukah yang semua ini Allah sudah aturkan. cepat atau lambat adalah disebabkan hikmahNya yang kita tidak mengetahui. ye betul usaha dan ikhtiar itu suatu yang perlu, tapi berusaha dan berikhtiar dengan memberikan pandangan yang negatif apa yang berlaku pada aku sebenarnya tidak baik.
Tidakkah kita mengetahui. Allah memberikan jodoh kita lewat disebabkan untuk menemukan sesuatu yang lebih baik dan ketika pasangan kita itu sudah bersedia. tidakkah kita tahu kelewatan itu untuk peluang pada aku berbakti pada keluarga terutama ibu bapa. tidakkah kita sedar yang urusan jodoh itu suatu yang kompleks dan telah ditetapkan oleh Luh Mahfuz.
Adakah aku tidak berusaha? tidak. aku sangat berusaha. melalui portal dan media. melalui kenalan rakan. membanyakkan doa dan usaha pada Allah.
Pekerjaan aku mungkin Allah ingin melihat aku dibawah sebelum aku diberi peluang untuk menjadi sesuatu yang hebat. semua ini aku serahkan dan hanya aku mampu berusaha terus berusaha.
tetapi untuk menyatakan yang aku mungkin terkena suwey buatkan aku sangat kecil hati. dan jangan bandingkan2 rezeki kita dengan rezeki orang lain... mungkin dia kelebihan disesuatu tempat tapi berkurangan ditempat yang lain.
No comments:
Post a Comment