Thursday, 30 November 2017

Perempuan yang dicari

aku tidak tahu. kalau orang katakan pada kriteria aku tidak boleh menjawab. kerana aku takut apa yang aku nak tidak dapat tetapi yang aku xnak pula yang dapat. bila bicara urusan jodoh biarlah yang Allah tentukan.

Tetapi aku harap perempuan itu kuat... kuat untuk hadapi cabaran, kuat dalam hadapi dugaan, kuat dalam bersama dengan aku. sebab aku rasa apa yang besar aku pikul harini dan akan datang. perlukan dia menjadi seorang wanita yang kuat dan sentiasa berada disisiku.

agama kita akan cari bersama. apa yang aku ada aku akan membimbing dengan cara yang terbaik.


Apa yang aku mahukan...



Beberapa harini aku memikirkan dengan sangat mendalam. aku tidak tahu apa sebenarnya yang aku mahukan. Aku belum dapat jawapan dalam sebuah persoalan dan kepastian. aku tahu jodoh itu pasti ada buat semua manusia. namun, bukan lah satu batasan untuk aku memikirkan mengenai usaha.

hari demi hari masa berlalu, bila mak aku mengatakan pada kawannya untuk carikan aku pasangan. Abah bercerita dengan kawan2nya yang aku belum lagi berkahwin. Mereka sebenarnya risau. Bukanlah aku mewujudkan kerisauan yang ada pada mereka. tapi ada beberapa yang aku rasa seperti bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah. aku harap keputusan yang aku buat ni mendapat keredhaan Allah. melihat keluarga aku dapat keluar untuk menjalani hidup yang lebih selesa adalah impian yang aku usahakan.

Biarlah kadangkala kata2 orang itu membuat aku kecil hati, namun aku tahu apa yang aku lakukan. Jodoh itu biarlah aku serahkan segalanya pada ALLAH kerana aku berusaha daripada bermacam2 cara. Namun belum lagi mendapat apa yang aku rasa terbaik buat aku sekarang.

Mak Abah, maafkan nuar. kerana tidak dapat memberi. mungkin mereka berasa terkesan dengan kata2 org. ingatlah pada sampai masanya Allah akan temukan dengan yang terbaik buat nuar. kerana Nuar percaya Allah bersama dengan orang yang sabar dan berusaha kejalan kebenaran.




Jodoh yang belum kesampaian

Lokasi Cafe : MCD Nongchik

Kelmarin aku memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan dua orang perempuan. kadangkala aku memikirkan pelbagai sebab dan sesuatu itu sehingga diawalnya nampak cantik untuk dijalankan hubungan namun berharap sesuatu yang dapat diselesaikan. Tapi kedua2nya aku memutuskan dengan baik kerana aku memikirkan apa yang terbaik bukan sahaja untuk aku malahan untuk dirinya. Perkara yang sama aku cuba buat pada percintaan ku yang pertama, tetapi kesalahan pada ketika itu aku melakukan adalah putus tanpa penjelasan. Namun sebenarnya aku memikirkan lebih kepada orang lain. Memang ketika itu aku rasa dia dalam kesakitan, namun selepas setahun dia sudah berkahwin dan bahagia dengan anak yang ramai.

Kadangkala sesuatu keputusan itu aku ambil bukan atas kepentingan sendiri tetapi untuk orang lain.

Berbalik kepada dua orang yang aku putuskan, yang pertamanya aku kenal rapat dalam 3 bulan dan keduanya dalam masa 3 hari.

Aku putus yang selama 3 bulan itu kerana keadaan dirinya yang pada pendapat aku memerlukan seseorang lelaki yang sentiasa ada disisinya setiap masa. Mempunyai business warisan keluarga yang besar dan memfokuskan amanah keluarga yang diwarisinya dengan keadaanya yang tidak sihat. Pada aku, aku bakal menyusahkan nya pada satu hari nanti. Aku terpaksa memaksa sesuatu yang sangat berisiko. Perlukah aku yang ada perusahaan aku di Johor dan dia di KL memaksa untuk bersama. sedangkan masing2 mempunyai amanah. apa yang kurisaukan pada sampai satu masa dia perlukan ak sentiasa disisinya dan aku menjadi lelaki yang gagal disampingnya.

Yang kedua 3 hari, aku memutuskan untuk berkenalan dan mengetahui segalanya. tetapi aku rasakan kami tidak persefahaman terutama daripada segi pemikiran. Dia mempunyai cita dan visi yang membentuk keluarga kearah yang diidamkan sedangkan aku berada di dalam dunia yang tidak sama. Soalan2 yang sentiasa mendesak untuk mengetahui sesuatu daripada aku mungkin menyukarkan aku dalam situasi yang tidak selesa.

Putus... bukan sesuatu kekesalan jika belum terikat. Banyak benda perlu dipikir sebelum keputusan itu dapat dicapai dan dapat dibuat. Memang kelihatan aku yang bersalah. tapi aku tahu Allah temukan kadangkala bukan untuk bersatu. Semoga ada pasangan yang lebih baik buat dirinya dan buat diriku.