Thursday, 30 November 2017

Apa yang aku mahukan...



Beberapa harini aku memikirkan dengan sangat mendalam. aku tidak tahu apa sebenarnya yang aku mahukan. Aku belum dapat jawapan dalam sebuah persoalan dan kepastian. aku tahu jodoh itu pasti ada buat semua manusia. namun, bukan lah satu batasan untuk aku memikirkan mengenai usaha.

hari demi hari masa berlalu, bila mak aku mengatakan pada kawannya untuk carikan aku pasangan. Abah bercerita dengan kawan2nya yang aku belum lagi berkahwin. Mereka sebenarnya risau. Bukanlah aku mewujudkan kerisauan yang ada pada mereka. tapi ada beberapa yang aku rasa seperti bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah. aku harap keputusan yang aku buat ni mendapat keredhaan Allah. melihat keluarga aku dapat keluar untuk menjalani hidup yang lebih selesa adalah impian yang aku usahakan.

Biarlah kadangkala kata2 orang itu membuat aku kecil hati, namun aku tahu apa yang aku lakukan. Jodoh itu biarlah aku serahkan segalanya pada ALLAH kerana aku berusaha daripada bermacam2 cara. Namun belum lagi mendapat apa yang aku rasa terbaik buat aku sekarang.

Mak Abah, maafkan nuar. kerana tidak dapat memberi. mungkin mereka berasa terkesan dengan kata2 org. ingatlah pada sampai masanya Allah akan temukan dengan yang terbaik buat nuar. kerana Nuar percaya Allah bersama dengan orang yang sabar dan berusaha kejalan kebenaran.




No comments:

Post a Comment