Thursday, 30 November 2017

Jodoh yang belum kesampaian

Lokasi Cafe : MCD Nongchik

Kelmarin aku memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan dua orang perempuan. kadangkala aku memikirkan pelbagai sebab dan sesuatu itu sehingga diawalnya nampak cantik untuk dijalankan hubungan namun berharap sesuatu yang dapat diselesaikan. Tapi kedua2nya aku memutuskan dengan baik kerana aku memikirkan apa yang terbaik bukan sahaja untuk aku malahan untuk dirinya. Perkara yang sama aku cuba buat pada percintaan ku yang pertama, tetapi kesalahan pada ketika itu aku melakukan adalah putus tanpa penjelasan. Namun sebenarnya aku memikirkan lebih kepada orang lain. Memang ketika itu aku rasa dia dalam kesakitan, namun selepas setahun dia sudah berkahwin dan bahagia dengan anak yang ramai.

Kadangkala sesuatu keputusan itu aku ambil bukan atas kepentingan sendiri tetapi untuk orang lain.

Berbalik kepada dua orang yang aku putuskan, yang pertamanya aku kenal rapat dalam 3 bulan dan keduanya dalam masa 3 hari.

Aku putus yang selama 3 bulan itu kerana keadaan dirinya yang pada pendapat aku memerlukan seseorang lelaki yang sentiasa ada disisinya setiap masa. Mempunyai business warisan keluarga yang besar dan memfokuskan amanah keluarga yang diwarisinya dengan keadaanya yang tidak sihat. Pada aku, aku bakal menyusahkan nya pada satu hari nanti. Aku terpaksa memaksa sesuatu yang sangat berisiko. Perlukah aku yang ada perusahaan aku di Johor dan dia di KL memaksa untuk bersama. sedangkan masing2 mempunyai amanah. apa yang kurisaukan pada sampai satu masa dia perlukan ak sentiasa disisinya dan aku menjadi lelaki yang gagal disampingnya.

Yang kedua 3 hari, aku memutuskan untuk berkenalan dan mengetahui segalanya. tetapi aku rasakan kami tidak persefahaman terutama daripada segi pemikiran. Dia mempunyai cita dan visi yang membentuk keluarga kearah yang diidamkan sedangkan aku berada di dalam dunia yang tidak sama. Soalan2 yang sentiasa mendesak untuk mengetahui sesuatu daripada aku mungkin menyukarkan aku dalam situasi yang tidak selesa.

Putus... bukan sesuatu kekesalan jika belum terikat. Banyak benda perlu dipikir sebelum keputusan itu dapat dicapai dan dapat dibuat. Memang kelihatan aku yang bersalah. tapi aku tahu Allah temukan kadangkala bukan untuk bersatu. Semoga ada pasangan yang lebih baik buat dirinya dan buat diriku.



No comments:

Post a Comment