Lama tidak update dalam blog ni. memang kelemahan daripada segi membahagikan masa untuk membuat penulisan. Bila busy mulalah meninggalkan semua benda. menaip ni bila terdapat masa lapang dan tak tentu hala tujuan.
Harini ak menaip di opis baru. terima kasih buat Aznan dan Ir. Izat yang membenarkan aku menumpang di satu sudut ruang opisnya. Sekurang2nya adalah meja dan ruang untuk aku membuat sedikit kerja. Kalau sebelum ni berbulan2 aku menghabiskan masa kerja aku di perpustakaan atau di "fast-food" kalini dapatlah berada di dalam opis menggunakan fasiliti yang disediakan.
Kepimpinan baru Pakatan Harapan dalam Kerajaan menewaskan Barisan Nasional. Itulah hakikat terkini yang semua kena terima. Apabila rakyat tidak lagi dapat menahan masalah yang berlaku terutama dalam himpitan kehidupan. Sesuatu yang perlu dilakukan bagi mengatasinya. Menukar kerajaan kepimpinan. Diharapkan agar kepimpinan kerajaan baru ini dapat memberikan kebaikan yang lebih daripada apa yang telah diberikan sebelum ini.
Sunday, 20 May 2018
Thursday, 11 January 2018
Kalini tak dapat menolak... G7
Cafe : MCD Taman Nongchik Heights
Aku pernah menjadi pengarah untuk sebuah syarikat G7, namun tak bertahan lama. Aku berpecah dengan partnerku hanya tidak sampai 6 bulan ditubuhkan. Ketidaksepakatan dalam rundingan membuatkan aku menarik diri.
Semalam satu syarikat yang kepunyaan saudaraku kontraktor G7 ingin menjual. Entah kenapa meronta pula hati ini untuk masuk sebagai director dalam syarikat tersebut. Bidang yang ada dalam syarikat tersebut memang menarik dan membuatkan aku semakin teruja.
Ya Allah permudahkanlah untuk aku dapat membeli lesen G7 tersebut.

Saturday, 6 January 2018
Allah tahu apa yang kita perlukan
Cafe : McDonalds Taman Sutera
Alhamdulillah. pertemuan aku dengan seorang perempuan yang aku rasa dia memenuhi apa yang aku inginkan, seperti apa yang lain juga rasakan bukan kecantikan yang menjadi faktor utama walaupun lelaki suka melihat kecantikan rupa. Dalaman dan kesenangan semasa bersama menjadikan aku tertarik dengan seorang perempuan ini.
Kekuatan yang ada padanya. sifat berdikari dan tahu menghormati membuatkan aku semakin sayang dan menerimanya. YaAllah permudahkanlah hubungan Kami dan dapatkanlah aku mengakhiri penantian ku selama ini dengan pernikahan. Minggu depan kami akan berjumpa dengan ibu bapa masing dan aku harapkan dapat merisik pada bulan hadapan. InsyaAllah.

Tuesday, 19 December 2017
lambat bukan bermakna suwey
cafe : MCD Taman Sutera
pagi ni ak terluka. air mata aku keluar sedikit. kadang2 org x merasa apa yang kita rasa. org x tahu apa yang kita buat dan korbankan bersebab.
Bila pagi ni ada yang menyatakan idea untuk membawa aku berubat disebabkan "suwey" kerana lambat kahwin dan pekerjaan yang dilakukan belum berjaya. aku sangat kecil hati.
tahukah yang semua ini Allah sudah aturkan. cepat atau lambat adalah disebabkan hikmahNya yang kita tidak mengetahui. ye betul usaha dan ikhtiar itu suatu yang perlu, tapi berusaha dan berikhtiar dengan memberikan pandangan yang negatif apa yang berlaku pada aku sebenarnya tidak baik.
Tidakkah kita mengetahui. Allah memberikan jodoh kita lewat disebabkan untuk menemukan sesuatu yang lebih baik dan ketika pasangan kita itu sudah bersedia. tidakkah kita tahu kelewatan itu untuk peluang pada aku berbakti pada keluarga terutama ibu bapa. tidakkah kita sedar yang urusan jodoh itu suatu yang kompleks dan telah ditetapkan oleh Luh Mahfuz.
Adakah aku tidak berusaha? tidak. aku sangat berusaha. melalui portal dan media. melalui kenalan rakan. membanyakkan doa dan usaha pada Allah.
Pekerjaan aku mungkin Allah ingin melihat aku dibawah sebelum aku diberi peluang untuk menjadi sesuatu yang hebat. semua ini aku serahkan dan hanya aku mampu berusaha terus berusaha.
tetapi untuk menyatakan yang aku mungkin terkena suwey buatkan aku sangat kecil hati. dan jangan bandingkan2 rezeki kita dengan rezeki orang lain... mungkin dia kelebihan disesuatu tempat tapi berkurangan ditempat yang lain.

Saturday, 16 December 2017
hormat selagi boleh
Sebulan setengah yang lepas aku mendapat kerja sementara untuk membuat satu laporan rekabentuk dikawasan Pahang untuk pembangunan perumahan. Setelah siap aku dijanjikan dengan bayaran untuk laporan tersebut. namun berminggu2 tidak dapat. daripada mesej seminggu sekali bertanya mengenai bayaran sehingga ke hari pada minggu terakhir ni.
Aku ingat aku akan bekerjasama untuk projek ku yang lain. kerana ada satu projek ni aku dah recommend kan kerja kepada syarikat kontraktor tersebut. Maaf bukan aku nak berkeras. seringkali aku dah ulangkan ak terdesak untuk memakai duit tersebut.
Setelah hati dah mula kepanasan. hanya aku berkata, tidak mengapa simpan sahaja duit tu dan jangan bertanya mengenai projek yang aku recommendkan itu. barulah terhegeh untuk transfer duit aku tu. maaf hati dah tawar. jangan permain2kan orang. sebab daripada kawan dah hilang kepercayaan. kalau tidak boleh bayar, cakap sahaja. jadi aku tidak terlalu berharap. tapi fees yang aku minta jauh murah berbanding professional hanya kerana kawan2.

Monday, 4 December 2017
Keredhaan hanya pada Allah
Ye begitu kelamkabut aku inginkan pengganti. lepas satu2 harapan yang aku cuba jelmakan tidak berjaya. Kadang2 perasaan aku galau.Seharusnya aku kena redha dan yakin dengan apa yang Allah aturkan.
Aku percaya gerakan itu akan datang kepada dua arah. walaupun berpuluh2 wanita aku cuba approach daripada page mencari jodoh, facebook, instagram namun aku hanya perlu menunggu. ketukan hati aku dibalas semula dengan ketukan hati seseorang yang lain.
Ye, aku pernah juga berkenalan2 dengan wanita yang sudi. Namun, aku pula tidak dapat menyambutnya dengan baik. Ya Allah... permudahkanlah

Thursday, 30 November 2017
Perempuan yang dicari
aku tidak tahu. kalau orang katakan pada kriteria aku tidak boleh menjawab. kerana aku takut apa yang aku nak tidak dapat tetapi yang aku xnak pula yang dapat. bila bicara urusan jodoh biarlah yang Allah tentukan.
Tetapi aku harap perempuan itu kuat... kuat untuk hadapi cabaran, kuat dalam hadapi dugaan, kuat dalam bersama dengan aku. sebab aku rasa apa yang besar aku pikul harini dan akan datang. perlukan dia menjadi seorang wanita yang kuat dan sentiasa berada disisiku.
agama kita akan cari bersama. apa yang aku ada aku akan membimbing dengan cara yang terbaik.

Apa yang aku mahukan...
Beberapa harini aku memikirkan dengan sangat mendalam. aku tidak tahu apa sebenarnya yang aku mahukan. Aku belum dapat jawapan dalam sebuah persoalan dan kepastian. aku tahu jodoh itu pasti ada buat semua manusia. namun, bukan lah satu batasan untuk aku memikirkan mengenai usaha.
hari demi hari masa berlalu, bila mak aku mengatakan pada kawannya untuk carikan aku pasangan. Abah bercerita dengan kawan2nya yang aku belum lagi berkahwin. Mereka sebenarnya risau. Bukanlah aku mewujudkan kerisauan yang ada pada mereka. tapi ada beberapa yang aku rasa seperti bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah. aku harap keputusan yang aku buat ni mendapat keredhaan Allah. melihat keluarga aku dapat keluar untuk menjalani hidup yang lebih selesa adalah impian yang aku usahakan.
Biarlah kadangkala kata2 orang itu membuat aku kecil hati, namun aku tahu apa yang aku lakukan. Jodoh itu biarlah aku serahkan segalanya pada ALLAH kerana aku berusaha daripada bermacam2 cara. Namun belum lagi mendapat apa yang aku rasa terbaik buat aku sekarang.
Mak Abah, maafkan nuar. kerana tidak dapat memberi. mungkin mereka berasa terkesan dengan kata2 org. ingatlah pada sampai masanya Allah akan temukan dengan yang terbaik buat nuar. kerana Nuar percaya Allah bersama dengan orang yang sabar dan berusaha kejalan kebenaran.
Jodoh yang belum kesampaian
Lokasi Cafe : MCD Nongchik
Kelmarin aku memutuskan untuk menamatkan hubungan dengan dua orang perempuan. kadangkala aku memikirkan pelbagai sebab dan sesuatu itu sehingga diawalnya nampak cantik untuk dijalankan hubungan namun berharap sesuatu yang dapat diselesaikan. Tapi kedua2nya aku memutuskan dengan baik kerana aku memikirkan apa yang terbaik bukan sahaja untuk aku malahan untuk dirinya. Perkara yang sama aku cuba buat pada percintaan ku yang pertama, tetapi kesalahan pada ketika itu aku melakukan adalah putus tanpa penjelasan. Namun sebenarnya aku memikirkan lebih kepada orang lain. Memang ketika itu aku rasa dia dalam kesakitan, namun selepas setahun dia sudah berkahwin dan bahagia dengan anak yang ramai.
Kadangkala sesuatu keputusan itu aku ambil bukan atas kepentingan sendiri tetapi untuk orang lain.
Berbalik kepada dua orang yang aku putuskan, yang pertamanya aku kenal rapat dalam 3 bulan dan keduanya dalam masa 3 hari.
Aku putus yang selama 3 bulan itu kerana keadaan dirinya yang pada pendapat aku memerlukan seseorang lelaki yang sentiasa ada disisinya setiap masa. Mempunyai business warisan keluarga yang besar dan memfokuskan amanah keluarga yang diwarisinya dengan keadaanya yang tidak sihat. Pada aku, aku bakal menyusahkan nya pada satu hari nanti. Aku terpaksa memaksa sesuatu yang sangat berisiko. Perlukah aku yang ada perusahaan aku di Johor dan dia di KL memaksa untuk bersama. sedangkan masing2 mempunyai amanah. apa yang kurisaukan pada sampai satu masa dia perlukan ak sentiasa disisinya dan aku menjadi lelaki yang gagal disampingnya.
Yang kedua 3 hari, aku memutuskan untuk berkenalan dan mengetahui segalanya. tetapi aku rasakan kami tidak persefahaman terutama daripada segi pemikiran. Dia mempunyai cita dan visi yang membentuk keluarga kearah yang diidamkan sedangkan aku berada di dalam dunia yang tidak sama. Soalan2 yang sentiasa mendesak untuk mengetahui sesuatu daripada aku mungkin menyukarkan aku dalam situasi yang tidak selesa.
Putus... bukan sesuatu kekesalan jika belum terikat. Banyak benda perlu dipikir sebelum keputusan itu dapat dicapai dan dapat dibuat. Memang kelihatan aku yang bersalah. tapi aku tahu Allah temukan kadangkala bukan untuk bersatu. Semoga ada pasangan yang lebih baik buat dirinya dan buat diriku.

Thursday, 19 October 2017
Pandangan Masyarakat Mengenai Pangkat
2 situasi yang melibatkan perbincangan dengan orang yang berpangkat. pandangan masyarakat kita yang kadangkala mengangkat orang yang berpangkat ini terlalu tinggi menyebabkan pangkat ini menjadi sesuatu buruan terutama kepada orang yang melakukan business.
Agak terkejut bila mana orang yang berpangkat dalam tujuan untuk meminta tolong untuk perusahaannya memandang rendah untuk berurusan dengan orang bawahan dan bukan sesama berpangkat. Ego bekerja dengan orang sesama bangsa yang lebih memandang untuk bekerja sesama pangkat dan ingin diangkat walaupun situasinya yang sedang buruk.
Kerana Masalah Wujudnya Peluang
Semua orang akan berhadapan dengan masalahnya sendiri. tiada orang yang tiada masalah dengan apa yang dihadapi. seringkali kita tertanya dan cuba mencari punca disebalik masalah yang dihadapi. kita asyik berfikir pemasalahan dan tidak fikirkan keberangkalian lain yang boleh mewujudkan peluang.
Berhenti. tengok dalam diri. ada kekuatan dan jalan yang berbeza dalam diri. jika kita menghadapi satu masalah kadangkala kita dihadapkan kepada jalan yang lebih baik. Masalah itu akan sentiasa datang cuba ambillah dengan jalan yang positif.
"KERANA MASALAH BOLEH MEWUJUDKAN PELUANG"
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
aku tidak tahu. kalau orang katakan pada kriteria aku tidak boleh menjawab. kerana aku takut apa yang aku nak tidak dapat tetapi yang aku xn...
-
Lokasi Cafe : McD UTM Skudai Disaat kita menghadapi kesulitan dan cabaran sebenarnya ia mendatangkan satu pengajaran dan keberanian...