September...
Bulan dimana birthday aku, abah dan emak yang berada didalam bulan yang sama. Namun September yang ku harapkan ada suka dan duka yang masih menanti. September yang bakal aku akhiri hari ni dan akan bermula pada oktober bulan depan.
Putus dengan teman wanita namun bertemu dan berbaik semula dengan teman wanita yang telah kutinggalkan 2 tahun yang lalu. Menjalani bersama abahku yang mengalami kesakitan. berulang alik ke hospital dan klinik untuk menguruskannya. Kerja yang aku usahakan belum lagi mendapat hasilnya.
Namun apa yang dirancangkan walaupun tidak dipeuhi. Semoga bulan akan datang semua dapat sempurnakan. kerisauan dalam tidak mempunyai kewangan untuk bulan hadapan sentiasa menjadi permainan dalam fikiran aku sekarang. Ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untukku.
Dan sebenarnya aku GELISAH...
Saturday, 30 September 2017
Kisah Tentang Ulat
Apa kau masih ingat sebuah kisah tentang ulat ?
Seekor ulat kecil yang hanya boleh melihat setangkai bunga terindahnya dihinggapi kupu-kupu yang cantik setiap pagi ?
.
Saat itu, tak ada lagi yang boleh dilakukannya selain dengan sabar memintal sendiri selimut kepompongnya..
Dia tak ingin cepat, dia tak ingin terburu..
Dia bertekad, rumah kepompongnya harus jadi dan selesai dengan sempurna..
Agar dia juga boleh berlindung dan terjaga dengan aman di dalamnya..
.
Sementara di luar sana, kupu-kupu dengan sayap yang berwarna-warni terbang kesana kemari menyapa bunga yang diam-diam selalu diperhatikannya..
.
Dalam hati kecilnya dia pernah merasa iri, dia cemburu, pada mereka yang boleh dengan bebas menikmati keindahan serta wangi yang diciptakan bunga itu..
.
Tapi dia sedar, jangankan untuk terbang tinggi, sedang sayapnya-pun masih belum tumbuh dengan sempurna..
Dia harus bersembunyi, dia harus terus menyempurnakan dirinya..
Sampai tiba waktunya nanti, sayapnya telah terbuka dengan sempurna, juga dengan warna yang mempesona..

(Petikan Majelis Tausiyah Cinta)
Begitulah diibaratkan pada sesetengah orang yang belum lagi mampu untuk menyempurnakan hasrat apa yang ingin dijalankannya. Ada perkara yang belum selesai buat dirinya. satu persiapan yang menyempurnakan dan menjadikan dirinya berguna buat semua. Menuntun dengan kesabaran, dan jadikan sebuah perjuangan itu tidak berakhir untuk dipersiapkan. InsyaAllah yang terbaik akan berhasil berkat kesabaran.
Sunday, 24 September 2017
Aku Dijumpakan Semula
Lokasi : Teratak Syurgaku
Orang kata, bila cakap jangan sembarangan. Apa yang kita cakap kadangkala bakal diuji semula. Aku ada satu perangai yang akan menolak untuk berhubung semula dengan Ex atau Mantan kekasihku yang lama. Jika hubungan aku tidak berjaya atau tidak jadi sama ada aku memutuskan hubungan terus atau aku hanya memerhatikan sahaja daripada jauh.
Pernah satu ketika aku berkenalan dengan seseorang, tidak lama perkenalan kami. Lebih kurang sebulan tapi untuk dengannya adalah satu keadaan aku memasuki keadaan yang serius dan dah berbincang bersama keluargaku. Namun, hubungan dalam masa sebulan kami terputus disebabkan oleh dia dipinangkan oleh lelaki lain atas aturan keluarganya. Aku yang menutup ruang penjelasan mematikan diri dan memarahi dengan apa yang berlaku. Aku pada saat itu berasa sangat terseksa dengan apa yang dirasakan telah dilakukan pada aku.
Entah bagaimana 2 tahun aku tidak berhubung dengannya, gerak hati aku seakan ingin mencarinya semula. Aku menegurnya semula dan ternyata dia masih belum lagi berpunya. Hubungan risikan lelaki yang diterima dulu hanya mampu bertahan 3 bulan. dan apa yang berlaku sebenarnya bukanlah kehendaknya. Kami sama2 meminta maaf dengan apa yang berlaku. Perancangan Allah kita tidak Mengetahui. Bagaimana Kami terpisah 2 tahun tanpa sebarang kata-kata ditemukan semula.
Sekarang aku hanya membiarkan hati ini ditentukan yang Esa. Aku berterus terang pada beliau mengenai masalah yang aku sedang alami sekarang. Aku berdoa jika benar jodohku yang disimpan ia akan kekal terus buatku. Namun, jika ia juga datang sementara aku redhakan kerana Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik buat Kami.

Aku Stuck Dan Aku Tidak Peduli...
Lokasi : Teratak Syurgaku
Harini aku sudah mula terasa apa yang harus aku buat sekarang ni. aku stuck diantara jalan yang aku pilih dan lalui. Semalam kawanku bertanyakan. "kau ada duit tak lepas ni..., apa perancangan kau sebenarnya". Dalam tenang aku menjawab, "aku ada kerja yang aku lakukan dan mampu untuk teruskan kehidupan."
Hakikatnya aku tidak tahu pendirian aku ini betul atau salah. Aku melalui cabang untuk berjalan sendiri. peluang yang ada dan menanti. Mengusahakan konsultansi dengan dua projek yang bakal ada ditangan. Menguruskan dua lagi projek sebagai pengarah untuk pembangunan perumahan dan pembangunan skala besar. Andai aku meneruskan untuk bekerja dengan orang, bagaimana jika peluang tu datang dalam masa yang sama.
Aku sampai sekarang belum mampu meyakinkan dan pasti akan dapatkan. tapi hati dan naluri kuat mempercayakan Allah akan berikan rezeki dan ak harus berdoa dan berharap padaNya. Inilah realiti yang aku perlu lalui sebagai seorang usahawan yang ingin mengorak langkah sendiri. Pada masa aku jatuh, aku tidak boleh gelabah dan panik dengan apa yang aku ada. Aku sentiasa bersyukur dengan harapan yang Allah akan menambahkan rezeki kepada umatnya yang bersyukur.
Sekarang, aku memenuhi masa ku dirumah. menjimatkan petrol, duit dan sebagainya pada penghujung baki duit yang ada. Rezeki Allah itu meluas.
Ya Allah, bantulah aku. jangan aku dihimpit oleh kesempitan dan kesusahan. Aamiinn....

Saturday, 23 September 2017
Sesuatu Yang Allah Berikan Dan Sesuatu Yang Allah Tarik atau Diuji
Lokasi : Office Mudra coffee tapau MCD Nongchik
Siapa kita untuk menidakkan apa yang berlaku didalam diri kita dan yang tidak terlepas daripada segala ujian daripadaNya.

Allah memberikan rezeki dan kemewahan tapi Allah mungkin tidak memberikan anak atau masa bersama keluarga.
Allah mengurniakan kecantikan tapi Allah mungkin tidak memberikan kesihatan.
Ada yang mungkin tidak dikurniakan pasangan tetapi mempunyai ibu dan ayah yang dapat dijaga dan berbakti
Apa yang ada syukurilah kerana kuasa Allah untuk memberi atau menolak. jangan berburuk sangka apa yang kita tidak dapat. Jadikan apa yang kita lalui dengan redha dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
Kepada yang ada kelebihan janganlah pertikaikan kehidupan orang lain yang masih dalam kekurangan. Kadangkala kita tidak tahu apa yang Allah dah sediakan untuk jalannya, malah jika selidiki kemungkinan org yang kita berkata lebih baik dan kehidupannya. sentiasa doakan kebaikan buat semua.

Friday, 22 September 2017
Berada Di Dalam Kelompok Yang Membawa Kepada Kemajuan
Lokasi Cafe : Restoran Asri Rosmerah, Setia Tropika
Harini dapat berjumpa dikawasan Setia Tropika bersama mereka yang dahuluya gila2 dalam kelab kereta tapi kini mengambil insiatif untuk melakukan perubahan dalam kehidupan masing-masing. Min daripada seorang pereka grafik dengan menjadi ejen jual rumah, Paen yang masih bekerja sebagai jurutera mekanikal kini berbusiness dengan banyak cabang unitrust, emas, tupperware dan baru kini untuk insurans. Kamal yang berada dalam industri teknikal elektrikal pernah menceburi bidang uber dan kini sedang dalam persiapkan diri menjadi seorang usahawan sendiri.
Bukan senang nak jadi senang, masa dan usaha yang mereka korbankan. Malahan perubahan dengan meninggalkan gaji yang mereka ada memberikan motivasi kepada orang lain. Jatuh, ditipu, tiada duit itu rencam dalam mulakan perniagaan.
Semoga terus berjaya dan dapat memberikan bimbingan serta motivasi untuk masing2 berjaya kehadapan. Rezeki Allah bagi. sentiasa berusaha dan yakin keatas apa yang diberi.
Lokasi Cafe : Secret Recipe, Plaza Pelangi Johor
19.09.2017, imbaskembali
Sebelum memulakan bicara, ucapan terima kasih pada rakan sekerja yg kesempatan meraikan dan belanja makan semasa harijadi lalu.
apa yang diharapkan untuk umur baru ini agar berjaya dalam kehidupan dan mencapai apa yang dihajati.
umur yang lalu meninggalkan suka duka kejayaan kegagalan dalam kehidupan. paling ketara bila menjaga hati dan melukai hati datang pada waktu yg sama. semoga usaha menjadi lebih baik dan beristiqamah dlm kebaikan dapat dikekalkan.
Hijrah Ku Kali Ini...
Lokasi : Teratak Syurgaku
Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1439.
HIJRAH...
hijrah bukan sekadar perubahan kalender daripada tahun demi tahun, tapi hijrah adalah untuk suatu fasa daripada keburukan kearah lebih baik. Manusia yang tidak pernah lari daripada khilaf dan kesalahan. Namun pintu taubat sentiasa terbuka buat semua hamba Allah dimuka bumi ini.
jadikan azam hijrah adalah sama seperti kuatnya kita berazam dalam tahun baru masihi. cuma apa yang membezakan perubahan ini biarlah dalam bentuk kerohanian dan berubah supaya lebih dekatkan diri dengan Maha Pencipta.
Hijrahlah bermula daripada hati. kerana ia permulaan suatu kebaikan buat diri. Semoga hijrah tahun ini memberikan penuh makna buat semua rakan-rakan.
Buat semua, dikesempatan ini ingin saya juga minta maaf disepanjan perkenalan terdapat yang mengguris atau memberi tidak kesenangan kepada semua. apa yang diharapkan agar diri ini jadi lebih baik dan lebih baik.
Dari Umar bin Khathab, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيِهِ
“Sesungguhnya segala amalan itu tidak lain tergantung pada niat; dan sesungguhnya tiap-tiap orang tidak lain (akan memperoleh balasan dari) apa yang diniatkannya. Barangsiapa hijrahnya menuju (keridhaan) Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu ke arah (keridhaan) Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa hijrahnya karena (harta atau kemegahan) dunia yang dia harapkan, atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu ke arah yang ditujunya.
Tuesday, 19 September 2017
Yakinlah Allah Mahu Membentuk Kita.
Lokasi Cafe : McD UTM Skudai
Disaat kita menghadapi kesulitan dan cabaran sebenarnya ia mendatangkan satu pengajaran dan keberanian dalam kehidupan.
Ketika sakit, keliru dan bingung dengan apa yang berlaku ia sebenarnya memberikan hikmah untuk kita kembali kepadaNya dan teruskan dalam kesyukuranNya
Disaat kita rasa kita tiada apa2 dan terbiar daripada semuanya, perasaan itu sebenarnya untuk mengingatkan kita yang Allah itu ada bersama kita...
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,” (QS. Al-Baqarah: 286).
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,” (QS. Al-Insyirah: 5-6).
Permulaan Catatanku Di Hari Kelahiranku...
Lokasi Cafe : McDonalds Mutiara Rini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Harini adalah permulaan memulakan blog ini sebagai tempat untuk aku bercerita, berkongsi dan melahirkan sebuah rasa. Entah sampai bila aku mampu bertahan untuk menaip dan berkongsi ini. Aku harapkan kalini adalah lama untuk aku bertahan pada sebuah blog. Aku tidak merancang untuk terbitkan sebuah blog ini, hanya tiba2 idea untuk menaip dan aku meneruskan.
19hb September. Tarikh aku dilahirkan dan harini umur aku menjangkau 32 tahun. Tahun demi tahun aku sentiasa mengharapkan perubahan untuk aku. Aku tidak tahu apa akan berlaku besok. Cuma aku sentiasa mengharapkan positif dan kejayaan dalam kehidupanku.
Untuk umur sebegini yang masih lagi mencari teman hidup. Aku tidak tahu adakah sudah terlewat atau belum. Siapa yang tidak berkeinginan mempunyai pasangan tetapi aku akur juga mungkin Allah mahu aku berbakti kepada orang tuaku sebelum aku siap sedia melangkah ke alam seterusnya.
Umur sebegini juga sudah boleh untuk aku fikirkan mengenai perubahan kerjaya aku. Aku mempunyai satu semangat untuk berusaha sendiri dan tidak kerja dengan orang. cuma jalannya masih dalam keadaan belum berhasil. 3 bulan lepas dimana aku diminta untuk berhenti daripada syarikat, atas sebab kewangan syarikat. Memberikan impak kepada aku untuk aku meneruskan dengan jalan aku sendiri. Mungkin semuanya ada hikmah yang aku belum nampak lagi dan terus untuk berusaha. Doa dan tawakal kepada-Mu aku panjatkan.
Diari ini adalah permulaan,
banyak kisah yang aku akan kongsikan,
segalanya adalah cabaran dalam membentuk sebuah kehidupan,
Untuk aku hadapi dengan segala kekuatan.

Subscribe to:
Comments (Atom)
-
aku tidak tahu. kalau orang katakan pada kriteria aku tidak boleh menjawab. kerana aku takut apa yang aku nak tidak dapat tetapi yang aku xn...
-
Lokasi Cafe : McD UTM Skudai Disaat kita menghadapi kesulitan dan cabaran sebenarnya ia mendatangkan satu pengajaran dan keberanian...