Lokasi : Teratak Syurgaku
Orang kata, bila cakap jangan sembarangan. Apa yang kita cakap kadangkala bakal diuji semula. Aku ada satu perangai yang akan menolak untuk berhubung semula dengan Ex atau Mantan kekasihku yang lama. Jika hubungan aku tidak berjaya atau tidak jadi sama ada aku memutuskan hubungan terus atau aku hanya memerhatikan sahaja daripada jauh.
Pernah satu ketika aku berkenalan dengan seseorang, tidak lama perkenalan kami. Lebih kurang sebulan tapi untuk dengannya adalah satu keadaan aku memasuki keadaan yang serius dan dah berbincang bersama keluargaku. Namun, hubungan dalam masa sebulan kami terputus disebabkan oleh dia dipinangkan oleh lelaki lain atas aturan keluarganya. Aku yang menutup ruang penjelasan mematikan diri dan memarahi dengan apa yang berlaku. Aku pada saat itu berasa sangat terseksa dengan apa yang dirasakan telah dilakukan pada aku.
Entah bagaimana 2 tahun aku tidak berhubung dengannya, gerak hati aku seakan ingin mencarinya semula. Aku menegurnya semula dan ternyata dia masih belum lagi berpunya. Hubungan risikan lelaki yang diterima dulu hanya mampu bertahan 3 bulan. dan apa yang berlaku sebenarnya bukanlah kehendaknya. Kami sama2 meminta maaf dengan apa yang berlaku. Perancangan Allah kita tidak Mengetahui. Bagaimana Kami terpisah 2 tahun tanpa sebarang kata-kata ditemukan semula.
Sekarang aku hanya membiarkan hati ini ditentukan yang Esa. Aku berterus terang pada beliau mengenai masalah yang aku sedang alami sekarang. Aku berdoa jika benar jodohku yang disimpan ia akan kekal terus buatku. Namun, jika ia juga datang sementara aku redhakan kerana Allah lebih Mengetahui apa yang terbaik buat Kami.

No comments:
Post a Comment