Lokasi Cafe : McDonalds Mutiara Rini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Harini adalah permulaan memulakan blog ini sebagai tempat untuk aku bercerita, berkongsi dan melahirkan sebuah rasa. Entah sampai bila aku mampu bertahan untuk menaip dan berkongsi ini. Aku harapkan kalini adalah lama untuk aku bertahan pada sebuah blog. Aku tidak merancang untuk terbitkan sebuah blog ini, hanya tiba2 idea untuk menaip dan aku meneruskan.
19hb September. Tarikh aku dilahirkan dan harini umur aku menjangkau 32 tahun. Tahun demi tahun aku sentiasa mengharapkan perubahan untuk aku. Aku tidak tahu apa akan berlaku besok. Cuma aku sentiasa mengharapkan positif dan kejayaan dalam kehidupanku.
Untuk umur sebegini yang masih lagi mencari teman hidup. Aku tidak tahu adakah sudah terlewat atau belum. Siapa yang tidak berkeinginan mempunyai pasangan tetapi aku akur juga mungkin Allah mahu aku berbakti kepada orang tuaku sebelum aku siap sedia melangkah ke alam seterusnya.
Umur sebegini juga sudah boleh untuk aku fikirkan mengenai perubahan kerjaya aku. Aku mempunyai satu semangat untuk berusaha sendiri dan tidak kerja dengan orang. cuma jalannya masih dalam keadaan belum berhasil. 3 bulan lepas dimana aku diminta untuk berhenti daripada syarikat, atas sebab kewangan syarikat. Memberikan impak kepada aku untuk aku meneruskan dengan jalan aku sendiri. Mungkin semuanya ada hikmah yang aku belum nampak lagi dan terus untuk berusaha. Doa dan tawakal kepada-Mu aku panjatkan.
Diari ini adalah permulaan,
banyak kisah yang aku akan kongsikan,
segalanya adalah cabaran dalam membentuk sebuah kehidupan,
Untuk aku hadapi dengan segala kekuatan.
No comments:
Post a Comment