Saturday, 23 September 2017

Sesuatu Yang Allah Berikan Dan Sesuatu Yang Allah Tarik atau Diuji

Lokasi : Office Mudra coffee tapau MCD Nongchik

Siapa kita untuk menidakkan apa yang berlaku didalam diri kita dan yang tidak terlepas daripada segala ujian daripadaNya.
Allah memberikan rezeki dan kemewahan tapi Allah mungkin tidak memberikan anak atau masa bersama keluarga.
Allah mengurniakan kecantikan tapi Allah mungkin tidak memberikan kesihatan.
Ada yang mungkin tidak dikurniakan pasangan tetapi mempunyai ibu dan ayah yang dapat dijaga dan berbakti
Apa yang ada syukurilah kerana kuasa Allah untuk memberi atau menolak. jangan berburuk sangka apa yang kita tidak dapat. Jadikan apa yang kita lalui dengan redha dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah.
Kepada yang ada kelebihan janganlah pertikaikan kehidupan orang lain yang masih dalam kekurangan. Kadangkala kita tidak tahu apa yang Allah dah sediakan untuk jalannya, malah jika selidiki kemungkinan org yang kita berkata lebih baik dan kehidupannya. sentiasa doakan kebaikan buat semua.


No comments:

Post a Comment